Thursday 12 September 2013

^^ MencAri eRti kEhidUpan ^^

Kehidupan di dunia ini hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT kepada manusia buat sementara waktu. Namun, ramai manusia yang terlupa tentang erti kehidupan ini. Ada juga yang terlalai dan hanyut dengan dunia ini sehingga lupa bahawa mereka akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Di dalam dunia ini, kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.Manakala,dalam alam lain iaitu alam akhirat kita tidak lagi diberi pilihan, namun kita diberi syurga atau neraka atas pilihan yang telah kita pilih di dunia. Kita boleh membuat pilihan untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan atau kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini. Jika kita membuat pilihan yang salah, imbalan di akhirat nanti bersesuaian dengan pilihan yang telah kita buat.

Islam mengajar kita agar kita tidak berputus asa dalam kehidupan ini. Islam mengajar kita agar berusaha dalam kehidupan ini untuk kejayaan di dunia, mahupun akhirat. Islam tidak mengajar umatnya untuk bermalas-malasan dalam kerja maupun ibadat. Islam mengajar umatnya cukup sempurna dalam menghayati erti sebuah kehidupan ini. Kita sebagai seorang Islam seharusnya bersyukur dimana kita tidak perlu bertanya-tanya, dengan pertanyaan tentang diri, tentang alam, tentang Allah, dan semua perkara dalam kehidupan sepertimana penganut-penganut agama lain.

Al quran cukup sempurna mengajar manusia,erti sebuah kehidupan ini. Apa yang tiada pada kita adalah sebuah keyakinan pada sebuah agama Islam yang cukup indah. Dimana keyakinan ini,adalah keyakinan terhadap agama Islam dan pada hari kebangkitan. Dalam kehidupan anda, jika kita tiada keyakinan dalam diri untuk berhadapan dengan orang lain, sudah banyak mana kita telah kehilangan sesuatu keperluan dalam kehidupan kita. Para wanita sanggup melakukan apa sahaja dalam aspek kecantikan,agar wujud keyakinan pada diri.
Sekarang, kita sudah dapat lihat betapa penting keyakinan pada agama Islam dan hari kebangkitan dalam sebuah erti kehidupan di dunia ini. Keyakinan amat penting kerana berasaskan keyakinan yang utuh,insan akan sentiasa mendorong dirinya untuk melakukan kebaikan walaupun berbagai kepayahan dialaminya. Erti sebuah kehidupan hanya akan berharga jika adanya sebuah keyakinan yang utuh pada agama Islam dan hari kebangkitan,iaitu hari akhirat.



Firman Allah SWT:
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandaka pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. ( Al Baqarah;ayat 245)
Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.( Al Hadiid;ayat 11)

~ jAgalah haTi kiTa ~
Pinjaman dalam dua ayat di atas bererti sedekah yang kita berikan secara ikhlas kerana Allah SWT. Kita perlu pastikan sedekah yang kita berikan, kita tidak ungkit. Jika kita mengungkit sedekah yang kita berikan dan menyakiti hati penerima, Allah tidak akan terima sedekah kita. Salah satu,syarat pemberian kita adalah tidak menyakiti hati si peminta kerana ia menunjukkan kita tidak ikhlas~

No comments :

Post a Comment