Wednesday 11 September 2013

Tuhan Jagakan Dia Untukku

Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan 
menjadi sebahagian dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih 
daripada segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada
posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya 
sendiri tetapi untuk-Mu.
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal 
tidaklah penting.
Yang penting adalah sebuah hati yang 
sungguh mencintai kepada Engkau
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa 
dan mengapa dia hidup,
Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan 
hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang bukan sahaja memujaku
tetapi juga dapatmenasihati ketika aku 
berbuat salah.

Seorang yang mencintaiku bukan kerana
kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi ssahabat
tebaikku dalam setiap waktu dan situasi.
Seseorang yang dapat membuatku berasa
sebagai seorang wanita semasa berada di sebelahnya.

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Namun aku meminta seseorang yang tidak 
sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna
di mata-Mu
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku
sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk
kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk
mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk
membuat hidupnya jadi sempurna.

Dan aku juga meminta
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat 
membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh
mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan
cinta-Mu,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga
kecantikanku datang dari-Mu bukan dari
luar diriku.

Berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku
dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya
dan bukan hal buruk sahaja.
Berikan aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan 
pemberi semangat,
sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari
dan aku dapat tersenyum padanya
dan selalu memberikan semangat untuknya.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu.

Aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
"Betapa besarnya ALLAH itu kerana Dia telah 
memberikan kepadaku,
seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan
kami bertemu pada waktu yang tepat dan
engkau akan membuat segala sesuatunya indah
pada waktu yang Kau tentukan.

~UHIBBUKA FILLAH~

No comments :

Post a Comment