Tuesday 29 October 2013

"" Sabar Itu Indah ""

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (Surah Az-Zumar 39:10)

|
"" Susah itu tarbiah, sabar itu indah ""


Jika kau merasa kecewa,
Pandanglah ke sungai,
Airnya mengalir biarpun
Berjuta batu menghalang.

Jika kau merasa bersedih,
Pandanglah ke langit,
Kau akan sedar bahawa
ALLAH sentiasa bersamamu..

Orang yang hebat tidak pernah melenting apabila dicaci.. Bahkan ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik sahaja. Setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Kita perlu percaya bahawa semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya.

Dan yakinlahlah.. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Namun begitu, sabar akan terasa lebih indah jika diiringi dengan bersyukur.


Sabarlah wahai hati,
Walau berat mana ujian yang menimpa dirimu,
Yakinlah bahawa Allah hanya ingin menguji diri kita,
Setebal mana iman kita terhadapNya,
Sekuat mana kita mampu menepis godaan syaitan,
Sesungguhnya setiap dugaan yang menimpa,
Tandanya Dia mencintai kita..
Sabar tue kan indah ;)


Firman Allah dalam hadis Qudsi :
“Kalau aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Selagi kita bergantung kepada Allah. Sungguh. Kita tak akan pernah jumpa perkataan ‘kecewa’ dalam kamus hidup kita! Yang penting ‘YAKIN’. Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Sesungguhnya.. SABAR ITU INDAH…

Hebatnya dugaan yang Allah beri untuk kita untuk menjadi orang yang sabar. Ketika orang menyakiti hati kita dan sungguh kita mampu membalas, kita pilih untuk tidak membalas, kita pilih untuk maafkan mereka, berbuat baik kepada mereka dan terus bersabar, kerana kita tahu, kita buat semua ni hanya untuk mendapat redha Allah kerana sesungguhnya hanya Allah layak membalas setiap perbuatan manusia.

|
Dear Heart.. Be strong!


Ya Allah.. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang penyabar dan bersabar di setiap dugaanMu..

|
..Semoga segala kesulitan mendekatkan kita kepadanya..





2 comments :

  1. Salam 'alaik girl. Nice blog. Saya dah bertukar dari blog 'http://asmalayyinulharir.blogspot.com' kepada 'http://humblehamba.blogspot.com'.

    Jemput tegur andai ada salah silap. Syukran. May Allah ease. :)

    ReplyDelete