Tuesday 29 October 2013

"" Sabar Itu Indah ""

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (Surah Az-Zumar 39:10)

|
"" Susah itu tarbiah, sabar itu indah ""


Jika kau merasa kecewa,
Pandanglah ke sungai,
Airnya mengalir biarpun
Berjuta batu menghalang.

Jika kau merasa bersedih,
Pandanglah ke langit,
Kau akan sedar bahawa
ALLAH sentiasa bersamamu..

Orang yang hebat tidak pernah melenting apabila dicaci.. Bahkan ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik sahaja. Setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmahnya. Kita perlu percaya bahawa semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya, semakin kuat ujian buatnya.

Dan yakinlahlah.. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Namun begitu, sabar akan terasa lebih indah jika diiringi dengan bersyukur.


Sabarlah wahai hati,
Walau berat mana ujian yang menimpa dirimu,
Yakinlah bahawa Allah hanya ingin menguji diri kita,
Setebal mana iman kita terhadapNya,
Sekuat mana kita mampu menepis godaan syaitan,
Sesungguhnya setiap dugaan yang menimpa,
Tandanya Dia mencintai kita..
Sabar tue kan indah ;)


Firman Allah dalam hadis Qudsi :
“Kalau aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Selagi kita bergantung kepada Allah. Sungguh. Kita tak akan pernah jumpa perkataan ‘kecewa’ dalam kamus hidup kita! Yang penting ‘YAKIN’. Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia mampu dihadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang lebih baik dan berkekalan di syurga. Sesungguhnya.. SABAR ITU INDAH…

Hebatnya dugaan yang Allah beri untuk kita untuk menjadi orang yang sabar. Ketika orang menyakiti hati kita dan sungguh kita mampu membalas, kita pilih untuk tidak membalas, kita pilih untuk maafkan mereka, berbuat baik kepada mereka dan terus bersabar, kerana kita tahu, kita buat semua ni hanya untuk mendapat redha Allah kerana sesungguhnya hanya Allah layak membalas setiap perbuatan manusia.

|
Dear Heart.. Be strong!


Ya Allah.. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang penyabar dan bersabar di setiap dugaanMu..

|
..Semoga segala kesulitan mendekatkan kita kepadanya..





Thursday 12 September 2013

^^ MencAri eRti kEhidUpan ^^

Kehidupan di dunia ini hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT kepada manusia buat sementara waktu. Namun, ramai manusia yang terlupa tentang erti kehidupan ini. Ada juga yang terlalai dan hanyut dengan dunia ini sehingga lupa bahawa mereka akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Di dalam dunia ini, kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.Manakala,dalam alam lain iaitu alam akhirat kita tidak lagi diberi pilihan, namun kita diberi syurga atau neraka atas pilihan yang telah kita pilih di dunia. Kita boleh membuat pilihan untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan atau kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini. Jika kita membuat pilihan yang salah, imbalan di akhirat nanti bersesuaian dengan pilihan yang telah kita buat.

Islam mengajar kita agar kita tidak berputus asa dalam kehidupan ini. Islam mengajar kita agar berusaha dalam kehidupan ini untuk kejayaan di dunia, mahupun akhirat. Islam tidak mengajar umatnya untuk bermalas-malasan dalam kerja maupun ibadat. Islam mengajar umatnya cukup sempurna dalam menghayati erti sebuah kehidupan ini. Kita sebagai seorang Islam seharusnya bersyukur dimana kita tidak perlu bertanya-tanya, dengan pertanyaan tentang diri, tentang alam, tentang Allah, dan semua perkara dalam kehidupan sepertimana penganut-penganut agama lain.

Al quran cukup sempurna mengajar manusia,erti sebuah kehidupan ini. Apa yang tiada pada kita adalah sebuah keyakinan pada sebuah agama Islam yang cukup indah. Dimana keyakinan ini,adalah keyakinan terhadap agama Islam dan pada hari kebangkitan. Dalam kehidupan anda, jika kita tiada keyakinan dalam diri untuk berhadapan dengan orang lain, sudah banyak mana kita telah kehilangan sesuatu keperluan dalam kehidupan kita. Para wanita sanggup melakukan apa sahaja dalam aspek kecantikan,agar wujud keyakinan pada diri.
Sekarang, kita sudah dapat lihat betapa penting keyakinan pada agama Islam dan hari kebangkitan dalam sebuah erti kehidupan di dunia ini. Keyakinan amat penting kerana berasaskan keyakinan yang utuh,insan akan sentiasa mendorong dirinya untuk melakukan kebaikan walaupun berbagai kepayahan dialaminya. Erti sebuah kehidupan hanya akan berharga jika adanya sebuah keyakinan yang utuh pada agama Islam dan hari kebangkitan,iaitu hari akhirat.



Firman Allah SWT:
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandaka pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. ( Al Baqarah;ayat 245)
Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.( Al Hadiid;ayat 11)

~ jAgalah haTi kiTa ~
Pinjaman dalam dua ayat di atas bererti sedekah yang kita berikan secara ikhlas kerana Allah SWT. Kita perlu pastikan sedekah yang kita berikan, kita tidak ungkit. Jika kita mengungkit sedekah yang kita berikan dan menyakiti hati penerima, Allah tidak akan terima sedekah kita. Salah satu,syarat pemberian kita adalah tidak menyakiti hati si peminta kerana ia menunjukkan kita tidak ikhlas~

Wednesday 11 September 2013

Tuhan Jagakan Dia Untukku

Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan 
menjadi sebahagian dari hidupku.
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih 
daripada segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada
posisi kedua di hatinya setelah Engkau.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya 
sendiri tetapi untuk-Mu.
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal 
tidaklah penting.
Yang penting adalah sebuah hati yang 
sungguh mencintai kepada Engkau
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa 
dan mengapa dia hidup,
Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

Seseorang yang memiliki hati yang bijak bukan 
hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormati aku.
Seorang lelaki yang bukan sahaja memujaku
tetapi juga dapatmenasihati ketika aku 
berbuat salah.

Seorang yang mencintaiku bukan kerana
kecantikanku tetapi kerana hatiku.
Seorang lelaki yang dapat menjadi ssahabat
tebaikku dalam setiap waktu dan situasi.
Seseorang yang dapat membuatku berasa
sebagai seorang wanita semasa berada di sebelahnya.

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna,
Namun aku meminta seseorang yang tidak 
sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna
di mata-Mu
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku
sebagai peneguhnya.
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk
kehidupannya.
Seseorang yang memerlukan senyumanku untuk
mengatasi kesedihannya.
Seseorang yang memerlukan diriku untuk
membuat hidupnya jadi sempurna.

Dan aku juga meminta
Jadikanlah aku seorang perempuan yang dapat 
membuat lelaki itu bangga.
Berikan aku sebuah hati yang sungguh
mencintai-Mu,
sehingga aku dapat mencintainya dengan
cinta-Mu,
bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.
Berikanlah sifat-Mu yang lembut sehingga
kecantikanku datang dari-Mu bukan dari
luar diriku.

Berilah aku tangan-Mu sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan-Mu sehingga aku
dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya
dan bukan hal buruk sahaja.
Berikan aku kata-kata kebijaksanaan-Mu dan 
pemberi semangat,
sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari
dan aku dapat tersenyum padanya
dan selalu memberikan semangat untuknya.
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu.

Aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
"Betapa besarnya ALLAH itu kerana Dia telah 
memberikan kepadaku,
seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."
Aku mengetahui bahawa Engkau menginginkan
kami bertemu pada waktu yang tepat dan
engkau akan membuat segala sesuatunya indah
pada waktu yang Kau tentukan.

~UHIBBUKA FILLAH~

Friday 19 July 2013

Aku dan Hijau ^-^

Assalamualaikum w.b.t..

Green green green..
Warna hijau digambarkan sebagai warna ketenangan jiwa, kedamaian dan keredupan pandangan.  Aku suka sangat warna hijau. Tapi takde la fanatik sangat hinggakan semua barang nak warna hijau.. ;)


Hati aku jadi tenang jee bila pandang pemandangan yang camnie

 That's why aku suka sangat pergi ke tempat-tempat yang ada pokok, tumbuhan kayu-kayan and so on laa.. Kalau ada masa terluang, aku suka sangat masuk hutan.. Bestttt... Sejuk mata memandang keindahan ciptaan Allah swt :D

  

Lebih-lebih lagi warna hijau dianggap sebagai warna tradisi agama Islam kerana ia ada kaitan dengan alam semulajadi. Ia sinonim dengan Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah tona hijau. Bolehkah hijau dikatakatakan warna lambang kecintaan Allah kerana hijau adalah warna universal love.
 
 Hari-hari yang bergelumang dengan assignment, class, n homework kadang-kadang menaikkan kadar kestressan aku. But just keep on smiling and lihatciptaan Allah yang berwarna hijau dapat menenangkan aku. 
Itu sudah dapat mengurangkan tekanan aku.

Hijau adalah warna yang harmoni dan damai. Kata orang, mereka yang mempunyai aura hijau boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau sesuatu pergaduhan. Malahan juga seorang yang 'open'. Betul ke ?? :) 
Tepuk dada tanya hati. Hehe..